Powered By Blogger

Kamis, 15 Januari 2009

SELAMAT DATANG DI SITUS ANDINI

Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua. Salam Maal Hijrah dan salam tahun baru 2009 buat semua. Semoga kedatangann tahun baru ini memberikan kita semangat dan azam yang baik serta dapat menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah, penghujung 2008 yang membahagiakan apabila album Lentera Timur telahpun berada di pasaran pada 26 Disember lalu. Bukan Siti sahaja yang teruja dengan kemunculan album ini malah Siti rasa amat bahagia dan bersyukur sekali kerana sambutan yang diterima daripada para peminat semua menerusi mesej yang di tulis di laman ini.

Kepada peminat yang berada di luar negara, Siti faham agak sukar anda mendapatkannya dalam waktu yang terdekat ini tetapi anda juga boleh menghubungi atau menghantar emel pesanan ke snpsb@streamyx.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk membuat pesanan dan InsyaAllah pihak kami akan mengirimkan ke tempat anda berada. Siti sanggup lakukan ini semua kerana Siti mahu mengembalikan sesuatu yang segar dalam industri apatah lagu dari album terbaru ini berentak tradisional kontemporari. Biarlah sejauh manapun kembara kita, budaya bangsa kita tidak akan dilupa selama-lamanya.

Kepada peminat di Indonesia, Siti akan berusaha secepatnya memasarkan album ini di sana, harapnya anda sabar menunggu. Walaupun irama pop begitu menebal di hati warga Indonesia sekarang ini tetapi Siti amat berharap irama tradisional ini juga akan mampu mengembalikan kegemilangan Cindai di negara anda. Semoga album ini nanti akan mendapat sambutan yang baik hendaknya.

Buat peminat-peminat yang telahpun mendapatkan album ini, terima kasih Siti ucapkan dan besar harapan Siti agar ia memberikan kepuasan kepada anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar